10 PESANAN BUAT SAHABAT

Hidup adalah satu perjalanan yang jauh. Di dalam kehidupan itu sendiri kita pasti menemui berbagai ragam manusia, samada mereka yang kita kenal atau sebaliknya yang meninggalkan kesan dalam hidup kita. Jadi, dalam perlumbaan mengejar sesuatu kita memerlukan sahabat di sekeliling kita, yang sedaya upaya menerima kehadiran kita seadanya, seikhlasnya... 10 PESANAN BUAT SAHABAT 1. Bimbinglah sahabatmu ke jalan kebaikan 2. Selalu bersangka baik di atas segala tegurannya 3. Tegurlah sahabatmu jika sering alpa dengan keindahan duniawi 4. Selalu menerima kehadirannya dengan senyuman mesra 5. Sesekali biarkan dirinya bersendirian 6. Jika kamu berjauhan, datanglah melawat ahli keluarganya agar hubungan persahabatan tersebut tidak terputus di tengah jalan. 7. Jangan risau jika kamu mahukan sesuatu yang bukan citarasanya, kerana seorang sahabat akan selalu memahami kehendak sahabat yang lain 8. Maafkan sahabatmu selalu! 9. Sayangi dirinya dengan ikhlas 10. Ingat dirinya dalam doa-doa...